Wednesday, 1 January 2014

Alfalfa Complex

Kenali alfalfa

Alfalfa merupakan tanaman yang dikenali mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kita.
Alfalfa atau Medicago Sativa termasuk dalam keluarga kacang-kacangan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu.


Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4.5 meter. Dipercayai  sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak boleh didapati di permukaan tanah.


Banyak khasiat dan juga Nutrisi yang terkandung dalam Alfalfa ini. Oleh kerana itulah manusia sejak lebih 2500 tahun dahulu telah menggunakannya. Alfalfa membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran.
Nutrisi yang ditemui dalam Alfalfa ialah:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.


Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.


Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.



Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.


Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

SUMBER MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa ialah: 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Apakah kebaikan alfalfa shaklee?


  1. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  2. Merawat masalah pencernaan
  3. Mengawal kadar kolestrol dalam darah
  4. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  5. Bagus untuk elergi dan ekzema 
  6. Merawat masalah keputihan pada wanita
  7. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras
    gula dalam darah
  8. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  9. Mengurangkan simptom menopous
  10. Merawat asthma
  11.  Merawat masalah sembelit.
  12. Menyahkan toksin dalam tubuh
  13. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  14. Membantu membanyakkan susu (milk booster)
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

0 comments:

Post a Comment