Tuesday, 2 September 2014

Cloth Diapering Journey - Basic H2 as Cloth Diapers Detergent

Saya bermula menggunakan lampin kain moden aka cloth diapers (CD) pada tahun 2011. Pada masa tersebut saya melahirkan anak sulung saya, Muhammad Rifqi. Sebelum tu saya tidak pernah tahu pun tentang CD ni. Saya tidak tahu pon kewujudan CD sebelum itu. Cuti 3 bulan selepas bersalin memberikan saya peluang untuk melakukan sedikit kajian tentang CD.

Jenis - jenis CD yang saya ada adalah

  • Pocket CD seperti QQ Baby, Coolababy, Babyland
  • AI2 System seperti Weegro Cover dan Bamboolite
  • Saya juga membeli beberapa helai fitted CD untuk kegunaan malam

Cloth Diaper's Detergent

CD memerlukan penjagaan yang baik supaya dapat tahan lebih lama dan tidak mudah rosak. CD tidak boleh dicuci dengan detergen sebarangan kerana dikhuatiri berlakunya Detergent Build Up iaitu pengumpulan buih sabun di dalam fabrik menyebabkan proses penyerapan akan terganggu dan mengkibatkan kebocoran. Apabila detergent buid up berlaku, cd akan cepat berbau hancing dan mudah bocor. Pada ketika ini, proses STRIPWASH perlu dilakukan.

Detergent yang sesuai untuk mencuci cd hendaklah KURANG BERBUIH, TIADA ENZIM, TIADA PELEMBUT, DAN TIADA PELUNTUR. Beberapa detergent yang sesuai digunakan mencuci cd adalah Pureen HAD, Rockin' Green Detergent, Luna Care, Cosway Kiddiwash dan sebagainya.

Dan saya menggunakan Basic H2 untuk kegunaan mencuci cd anak-anak. Basic H2 menepati semua ciri-ciri pencuci cd malah bonus bagi Basic H2 adalah ia diekstrak daripada bahan-bahan semulajadi, TIDAK MENGANDUNGI FOSFAT dan TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BERTOKSIK serta SELAMAT TERHADAP ALAM SEKITAR.



Pengalaman saya menggunakan Basic H2 sebagai detergent cloth diapers anak-anak memang menakjubkan. Setiap hari saya akan mencuci lebih kurang 15 helai cloth diapers bersama 30 insert. Saya hanya menggunakan setengah sudu besar Basic H2 sahaja. Buih yang dihasilkan tidak begitu banyak, sememangnya baik untuk cd bagi mengelakkan detergent buid up.

Buih yang dihasilkan oleh Basic H2. Tidak terlalu banyak namun cukup untuk membersihkan cloth diapers anak-anak


Cd-cd anak saya yang dicuci dengan Basic H2 akan berbau segar, tiada bau hancing dan insert kelihatan putih dan gebu seperti baru. Saya dapati peggunaan Basic H2 dalam jangka masa yang panjang dapat menjaga cloth diaper daripada rosak atau mereput.

Selain daripada mencuci cloth diapers, Basic H2 boleh digunakan untuk mencuci lantai, permukaan meja, cermin, mainan kanak-kanak dan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran

Label di botol Basic H2

Hanya sedikit sahaja yang diperlukan

Antara testimoni daripada pelanggan saya;




Harga Basic H2 Super Cleaning Concentrate : RM46.00

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Basic H2 - Super Cleaning Concentrate, anda boleh;

  • Emailkan ke sweetlunashop[at]yahoo[dot]com atau
  • Call / sms / whatsapp / telegram ke 0129817976 atau
  • Mengisi Order Form di BLOGSHOP saya
Anda juga boleh membeli dengan menggunakan kad kredit atau kad debit dengan click link di bawah;


Sekiranya anda berminat dengan cloth diapers, sila layari BLOGSHOP saya